30.6.10

perkara yang kadang-kadang AKU teringin nak buat TAPI...

AKU mungkin takkan buat.
Jom habiskan masa tengok perkara2 tersebut, kot-kot lah sama ngan anda. Hehe

1) Tanam sayur atau buah dan makan hasilnya.
Dulu kecik2 aku slalu terpengaruh ngan sifat terlebih rajin abang aku, tanam sayur. Abang aku tanam kacang panjang dan tembikai. Kacang panjang tumbuh dan berhasil. Tembikai jadi tapi ada lah besar penumbuk irfan skrg. Hihi. Aku? Aku tanam cabai okay.. tapi TAK JADI PUN!
2) Menyemai pokok di atas meja kerja.
Ala, mcm kita dok tgk Cha-Ya-Nun-Alif dok suka letak pokok mcm keladi atau pokok buluh betong tu kat meja dorang. Dulu masa keja kat Elomoto, aku dikelilingi mereka yg berpokok, maka aku rasa damai pulak. Jadi aku pun berusahalah beli dan letak dlm bubble tu supaya nampak lebih mat-cool-mat-cool-kawanku! Sehari demi sehari daun-daun itu jatuh. Kesudahannya, gugurnya bunga cinta, maka tinggal anak jentik2 saja dlm vase aku tu. Ciskek btoi!!

++ inilah tumbuhan saya itu ..sgt cool bukan?++


3) Menjahit baju untuk anak.
Alangkah indahnya jika ini terjadi. Tapi apabila memikirkan ilmu ekonomi rumah tangga tingkatan tiga yang hanya berjaya membuat apron dan dengan ketiadaan mesin jahit, maka lupakan saja. Mari pegi beli di kedai saja!


4) Bermain gitar atau violin
Gila stylo kalo aku bleh main gitar karen atau violin. Alat muzik yang tu je aku tak penah sentuh lg. Bleh berangan mcm The Corrs ke Vanessa ke..:p


5) Lukis Anime
Nak kata ada bakat lukis, YA, mmg ada. Tapi lukis mcm pemandangan, oh lukis potret yang tak potret sgt pun penah jugak. Satu je aku tak reti, lukis katun or anime. Dulu rumet kat U aku, budak Animation. Err dia sedikit aneh, ngadap laptop 16 jam, plusminus tido dan pi kelas sejam. Satu hari, aku dan BFF (sebilik gak) jumpa kertas komik yg ada dua org gadis cute. Dia lukis. Belek punya belek. Sah, komik tu pasal KAMI (aku dan BFF). LOL!
Oh Encik Ray pun pandai lukis anime rupanya. ihik!


6) Tengok bentuk Semenanjung Malaysia.

Ini aku berangan dari kecik. Kalo naik helikopter tinggi2, buleh nampak tak bentuk mukabumi at leasssssttttt lah, Semenanjung Malaysia, aku tgk mcm pempuan pakai kimono je. Ok lah semenanjung macam besar jugak, Pulau Pinang?

7) Jadi pengacara
Glemer jugak jadi pengacara Nona hat sepesennn je ckp..takpun koman-koman jadi utk Jalan-jalan cari makan. Mabeless.. mak suka makan nokkkk!


8) Parking keta
kat tempat manager. Dekat sket, so tak perlulah aku jalan jauh2 untuk masuk opis.


9) Jerit kuat-kuat
dalam opis. "Hye, saya tau awak pun buka mukabuku masa kerja!"


10) Perlu ke ada sampai nombor 10? Tak perlu kot.



So, apa yg anda teringin pulak?



Kalau terjadi salah satu, best jugak!

6 comments:

atulhani said...

1) saya pun teringin tanam pokok dan makan hasilnya.. so far tak pernah buat lagi.. orang kata, tengok "tangan" gak untuk dapatkan hasil tu..

7) pernah la berangan nak jadi pengacara.. pasal masa kat Jenan, saya masuk Forum Remaja.. budak-budak lain kata I cakap macam pengacara TV3 uuuuu... hehehe

8) aku selalu parking tmpt manager time kerja hujung minggu hehehehe.. padahal tempat asst manager ada je kosong.. saje perasan...

dah laa.. takkan nk komen semua :P

-xoxo- MiLay said...

no 1 xkan terjadi bg hang yg pemalas tu..ahhahha;D

tp if hang bwt no 9 tu mesti best!! i salute u!;D

i pon nk naek helipkoter...tgok smue dunia...HAHA!

^wirda^ said...

atul :: wow, u bleh la pegi jadi pengacara jemputan nona..tp umur skrg ni layak ke lg?? hahahah

mila :: how dare u.. i bukan pemalas ok, cuma mcm atul ckp, tgk pada tangan la..org kata tangan panas, mmg tanam apa tak menjadi..cisssskek!

StudentUUM said...

Kalau kat changlun ni kat mana kelas violin?? abg tau dak??

..:: WiRdA ::.. said...

student UUM, ahkak tatau laa kat mana kelas tu kat changlun.. akak dok changlun dulu smpai 1995 saja. tu pon takdak lg kelas violin..haha

Student UUM said...

Eh yeke..hahaha..sorry kak! silap panggil abg pulak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...