23.6.10

good days at goodyear court

Seperti yg digembar-gemburkan di status mukabuku aku yg menunjukkan ciri2 ketidaksabaran utk menempuh wiken yg lepas, mcm-ada-org-kesah-sgt-dengan-aku-punya-aktiviti, maka hari yg dinantikan utk kembali berkumpul bersama melati's girl (cuzens) and the carmila chicas (cuzen juga) di umah berjenama tayar adik aku, kat USJ, berjaya dilangsungkan. Well, kami sejak akhir2 ini sgt suka mencapai keseronokan dgn membuat pelbagai event utk mengisi masa terluang kami, platform komunikasi kami semestinya di thread message mukabuku.
++ Hotel Tayar Goodyear aka umah adik aku++
Tajuk thread yg sekadar utk membuat satu jamuan periuk bertuah, akhirnya menjadi sebuah penginapan 2 hari 2 malam di Hotel Tayar Goodyear Court, USJ (tobat korang cari tak jumpa hotel ni). Memandangkan ia adalah hotel imaginasi aku, maka semestinya tiada buffet breakfast utk kami merasa seperti seorang raja -bangun pagi ada sarapan. Maka aku mengambil tugas sejati spt yg dijanjikan utk menyediakan sebelanga mee goreng basah utk awek2 cun yg masih membuat tahik mata mereka ketika itu. Jadi, kerja aku sudah selesai.

Ya, sebagai penalti kepada mereka yg bangun lambat, maka semua tidak buleh makan lepas bgn tido, sebaliknya wajib pegi membuat gimrama didalam kolam renang selama yg mungkin. Haha. Maaf, gambar separa bogel mereka tidak boleh ditayangkan disini.
Aktiviti pagi berjalan lancar dgn menelan mee goreng, dan menghayati saluran HBO sambil menunggu hidangan Iron Chef, Aunty Rosie utk makanan tgh hari kami. Yey!
Sebelah petang, pegi buang masa kat Sunway Piramid utk melihat kelibat firaun durjana, tetapi kami cuma jumpa Jack Sparow. Cis! Tamat kisah Hari Sabtu.
++Haa see...Jack Sparow wannabe youuu~++
Ahad. Tiada lagi dapur yg menyala gara-gara percutian tidak dirancang ini. Yang rancang cuma utk aktiviti periuk bertuah semalam. Setelah habis sangap, maka kami pun kluarlah melawat Putrajaya, dan bila dah jadi pelawat, mestilah kena bergambar seolah2 jakun dgn Putrajaya. Tihihihii...
++ Irfan sudah mula sensitip kerana dia seakan tidak brapa sihat, tp borink duduk umah ++
++ Takde keje lain ke selain amik gambar saya? - Irfan ++
++ Dah lama tak pegang cik Niko ++
++ mari exercise!++
++ wonder girls, hot mama and fbi ++
Lebih byk gambar di laman muka buku aku, sila rujuk jika berminat.
Thanks to Melati's Cuzen, Carmila's Cuzen, dan adikku serta adik ipar, kerana menjayakan Hari Sepupu 2010 again and again. Jumpa lagi ujung minggu ini di party buih Carmila's Sisters. haha.

nota tak penting:: tak pasal2, aku MC dua ari kerana demam terkejut ngan keseronokan itu jugak kes ENT. =p


organizer spontan,

6 comments:

peah @ peps said...

wahh..syok ni...ada hari sepupu!
Kite tiru boley....wink..

farakaka said...

u olls the best i ever had ;p

^wirda^ said...

peps :: rekaan semata2 hari tu. semua org ada sepupu kot, semua buleh ada hari sepupu..;)

fana :: yezzza.. i lap u..

atulhani said...

haih.. sudah penat bergembira dan-dan MC.. saje je tuuu... bagi no tepon boss hang, meh aku kabo kat dia ehehehhehe..

^wirda^ said...

ahaha.. itu la kebetulan pulak..
tp i ada cert ye..haha

-xoxo- MiLay said...

chef terbaek....hari ahad tu sepanjang tengah hari dok pikir nk pi mana smpai naek kete baru decide...huh!!!

u people the best....<3

lepas ni i xde jgn bwt plan apa2 ek...tunggu weekends aku blk;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...