22.6.10

ENT


Ini entry skip. Aku sepatutnya nak taip pasal citer wiken aritu tapi mood telinga aku membawa kepada penaipan tentang ENT.

Otolaryngology or ENT (ear, nose and throat) is the branch of medicine that specializes in the diagnosis and treatment of ear, nose and throat and head and neck disorders.
Nah! Aku bagi definasi yang sah-sah dari bantuan encik gugel. Haha
Sebenarnya, aku ada masalah telinga bengang walaupun aku tiada perasaan bengang pada pakgad apartment adik aku mahupun pada tukang amik order restoran Kak Mah tomyam Kampung Baru. Namun kejadian yg berlaku sejak berminggu yg lalu ku tahan-tahan, sehingga aku terjun kolam dengan gaya somersault berpusing lalu meredhakan butiran H2O memasuki external auditory canal aku dan menjadi bengang maksimum. Terbaekk! Lalu, terpaksalah aku berjumpa dokter cinta (pertama) pada hari Isnin lepas.

"Oh telinga awak tersumbat, tahik telinga sudah sampai ke gegendang" kata makcik dokter.

"Ya, saya ada korek, dan terasa ia masuk kedalam" skema saya menjawab.

"Baiklah awak pegi spital yg ada ENT, saya bleh refer Tropicana Medical Center or Darul Ehsan Medical Center. Ini kena sedut, vacuum."

"Oh, bukan pakai ubat titik2 je ke utk cairkan?" Cubaan melawan dokter sbb aritu sepupu aku (dokter jugak) ckp just pakai ubat titik2 je.

"Cannot. Nanti dia akan cair lagi dia block" Dokter cuba yakinkan aku.

Aku angguk-angguk geleng-geleng.

Setelah balik, aku buat temujanji dgn hospital yg dimaksudkan. Tetapi setelah tibanya esok,yakni harini, aku mengubah pikiran, aku try cari klinik yg ada perkhidmatan ENT. Ya, aku jumpa kat Puchong.

"Dokter, semlm saya check kat satu klinik, telinga saya tersumbat, dan saya nk vacuum telinga!" ujar saya dgn penuh konfiden. :p

"Hah? Vacuum??? Sapa suruh u vacuum?" terbeliak mata dokter chenta

"err, dokter semlm suh saya pegi vacuum.." cuak aku..Ciskek btoi!

Doktor tu check telinga aku.

"Dokter klinik mana u pegi? Inilah 1st time saya dgr kena vacuum telinga utk kluarkan kotoran yg tersumbat. No! No! Itu doktor betol ke TIPU punya doktor? Mungkin dia MA kot. Mana boleh vacuum telinga. Nanti terkluar u punya gegendang!" bebel doktor itu mcm aku yg bersalah.

"Mana lah i tau. So, nak buat apa skrg?"

"Doktor tu tipu2 punya doktor tu. Dekat Shah Alam sana byk doktor2 mcm tu. Dorang cuma MA. U check tgk dia ada kad kementrian mcm ni tak. (sambil tunjuk kad doktor dia). U boleh laporkan pada kementrian kesihatan tau." Masih bebel2 geram. Tak cukup dgn tu, dia pi panggil nurse dia dan citer kat nurse dia jugak.. hahaha.

"oklah, so, skrg ni telinga saya mcm mana?" tanya aku skali lagi dengan harapan dia jawab.

"Nih i bagi ubat titik2. Nanti dia cair la. Then after 3 days, u datang, kita akan kluarkan selebihnya." Finally, dia jawab apa yg aku nk dgr.



. . . (>_<) . . .

Mintak2 telinga aku akan sempurna balik. Pasal doktor tipu ke MA ke itu mmg menggerunkan. Susah gak kalo tak pasal2 nk minta doktor tunjuk kad dorang kat kite kan? Maka lepas nih, kena pilih klinik yg btol2 established mcm yg ada branch merata2 tu kot.


saya bkn pendengar yg baik sgt,

9 comments:

NisS^ImmEr said...

mujur lg blum vacuum, kalau x dgn cuping telinga hilang.

btw, nk pinjam vacuum habaq la haha

d i d a said...

nasib bek p 2nd opinion.

atulhani said...

sy rasa lah, apa doc pertama ckp tu ada betulnya, cuma dia tak tahu nk ckp ape (yg refer kpd vacuum tu). Sebab, sy selalu jupe ENT utk follow up psl sinus. Ada 1 alat ni, dia guna utk sedut lendir dlm hidung, and ada sekali tu, sedut tahi telinga.. tp masa tu taklah hampir kat gegendang..... tapi... serius sakit tau kena sedut tu. bukan ape, sbb kalau kat hidung, dia akn masukkn alat tu agak dlm.. huhu..

mungkin itulah yg dimaksudkan "vacuum" tuuu...

^wirda^ said...

niss :: umah i pun ada vacuum..haha

ida :: ya, tu pun sbb dia refer spital mahal2 kat aku.. baik aku pi klinik je..

atul :: aku rasa yg dia nk ckp, actually dorang akan tembak kluar najis itu, dan tarik kluar.. tp bukan vacuum kot.. T_T bahaya salah istilah nih kan..

Syaliza Ramlan said...

salam..
mana ye klinik pakar telinga kat Puchong yg u pergi tu? boleh tau kat mana? i nak pergi.. nak refer telinga anak i..

Syaliza Ramlan said...

salam..
nak tanya, mana ye klinik pakar telinga puchong yg u pergi.. boleh bagi kat mana tak?.. puas i google cari pakar telinga kat puchong..last2 jumpa blog u.. nak refer telinga anak i.. tq ya!

Syaliza Ramlan said...

salam.

..:: WiRdA ::.. said...

hi shaliza, u ade hantar emel ke kat i?
i pegi yg opposite giant, ada CLINIC ALAM MEDIC...clinic biase je tp situ ada service ENT.

deq na said...

wirda:
I ade gak pergi klinik dr paramjit kaur alam medic kan?
klinik tu ckp dia xde tmpt sedut tue....hurmmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...