11.3.10

puisi #001 :: percubaan pertama ;)

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini aku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~A. Samad Said - Dalam Librari

Saja aku gugel beliau utk baca puisi time tension. Agak release lah. Magic plak. Aku bukan nya minat sastera pun. Hehe. Kalau aku pegi Mid Valley slalu aku jumpa dia. Mungkin sbb dia suka melihat lalu menulis. Sbb tu semua puisi dia mostly ttg kehidupan harian.. tak berbelit tp punya maksud mendalam. Nah, skrg aku try bermadah pulak.


Dalam pejabat,
halus jari jemari
menekan papan kekunci
mencari sang pemuisi tua

Senyum
mata melirik bait madah
Indah
bermakna
Kau mmg sasterawan negara!

~Wirda Rasid - Gugel dirimu


Haha. Konfem tade yg tersirat disitu.
K lah, nanti sambung utk puisi tersirat birat plak. daa~



Bermadah helah,

6 comments:

NisS^ImmEr said...

A samad said dapat 3 rangkap, hg dua rangkap. mungkin environment pejabat hg tak kondusif kot

^wirda^ said...

hahah..mungkin jugak..sbb aku tak nampak keliling sama.

Ros said...

wirda,

Aku tingin nak baca hg buat puisi pasal data collection plk...Pleazzzzzzzz....

^wirda^ said...

hahahhahaha....okeh..insyaAllah akan aku buat khas buat kita..hahah

Queen of Pirus said...

salam kenal wirda..hoping from CahayaSPK facebook group.sorry..this comment is not on this entry..cuma nak tau u tinggal di precint 2A or 2B? mine is 2B. anyhow, it is a nice blog & insyallah akan selalu jenguk2 kat sini.

^wirda^ said...

hi queen of pirus..
thanks for visiting my blog..
;)
me at presint 2A, i guess..:P
yg superlink tu presint 2A kan..(haha umah sendiri pun tatau..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...