28.8.09

1 = satu

SATU!
kalau dengar dr corong radio, tgk kotak tv kat living room, tgk 'big tree' kat highway, tgk banner2 di tiang2 lampu..semuanya tertera SATU MALAYSIA! slogan 52 thn kemerdekaan negara kita.
bila ditanya apa erti kemerdekaan,? ada yg tersipu2..ada yg pura2 pk..yg beri jawapan standard takyah ckp laa..haha..kemerdekaan itu adalah negara yg bebas penjajah..aman..pembangunan..bla bla bla...
kita bebas penjajah? ahha..dari bola mata kasar, mmg kita tidak dijajah. tp tak salah kalo aku ckp lifestyle kita pun dh mcm penjajah. Mungkin tiada perang, tiada komunis, semuanya lega. Lega dgn perjanjian perletakkan senjata oleh komunis d0lu2.. Semua anggap mereka dah berundur. Ye, btol mereka letak senjata. Tp mereka bukan kalah, hanya meletakkan senjata tanda tiada peperangan. Mungkin peristiwa tu terlalu lapuk ditelan era kemodenan sehingga ramai yg terlupa dan bleh dikatakan 98% yg akan kata "ada aku kisah?". Aku dulu pun tak kisah. Tp bila semeja ngan pakcik aku aritu, a.k.a bekas tentera, dan dgr dia citer pasal ni, terus aku terpk apa akan jadi pada kita, pada negara aman ni bila 'manusia2' yg letak senjata ni bertindak semula?
Sapa komunis ni? Haa dh dpt jawapan? Skrg cuba tgk sapa yg konker bisnes kat mesia ni? Cuba tgk menteri2 ada tak dorang ni? Cuba tgk dlm opis korang skrg. Cuba tgk dlm bilik bos tu sapa? Cuba tgk kat lowyat tu kedai2 sapa? kedai kau ke? tak kan? Cuba la tgk sekeliling! Cubalah! Jangan asyik dgn SATU MALAYSIA je..sampai lupa asal usul tanah ini milik siapa? Dan cuba sedar sket pembelot tu pun sapa? Jgn tak tau, komunis pun ramai juga anak jati tanah bertuah ni.

Perang cyber. Perang minda. Itu strategi. Tp mcm Tun Dr.M kata, Melayu Mudah Lupa! Bukan aku nk kondem melayu..aku pun melayu jugak. Tp mmg aku setuju. Ala Tun pun melayu jugak. So mengapa nk melenting bila org ckp mcm tu? Cuba sedar diri. Cuba lah!

Alhamdulillah.. 31 Ogos ni termasuk dlm bulan Ramadhan. Aku rasa konfem la takde konsert2 yg takde kena mengena ngan kemerdekaan pun. Dan takde juga duit2 income tax kite dibakar berjuta2 semata2 nk bg mat2 rempit dan minah2 rempit menggedik2 tgk kat dataran merdeka tu. Kenapa tak buat solat beramai2 tanda kesyukuran ke or benda2 yg tak membazir? Mak bapak pun dok kalut bawak anak2 kecik berembun tgk percikan bunga api disamping dpt bonus tgk gelagat rempit2an, tgk kakak2 yg tak cukup kain ngan gaya sepentot hotpant (trend masa kini konon), tgk kapel2 dok peluk2..wow best kan anak2 dpt belajar budaya SATU malaysia kita kan?

uhm ntahlah.. papepun.. aku ucapkan Tahniah pada Malaysia kerana masih lagi bernafas di udara yg aman dan makmur meskipun ada jerebu dan H1N1. (err rusuhan tu kire aman gak ek?)

yg pasti semua org sonok sambut merdeka cuma atas SATU sebab.. CUTI umum SATU MALAYSIA!!!!


SELAMAT HARI MERDEKA YG KE 52 TAHUN!!! (yahooooo balik kampongggggg~!!!)


yg nak balik kampong jap lagi ni,

24.8.09

amalkan slalu

tajuk:: harini letih.
punca:: melakukan kerja amal sehingga lewat malam.

tarikh:: 23/8/09 jam 6ptg-12 tgh mlm (rehat aka buka posa 715-815mlm) >>cukup efisyen!!
lokasi kejadian:: kedai encik abg di Putra Height

krew yg terlibat:: aku, encik hubby, encik azam (adik aku), encik am (BIL), cik yana & alia (kazen), cik ika & cik zaharah (future wifey & SIL azam) berserta encik omey2 irfan. lain2 adalah pekerja encik abg.
amalan:: mempacking kuih muih traditional utk mencecah target 1000-2000 packs for every item..huhu 5-6 hours, enuf ke?? ia dianggap beramal kerana membantu encik abg dgn rela ati tanpa paksaan. dan ia berlaku di bulan Ramadhan..bagusnye adik2 encik abg ini.hihi

pencapaian:: berjaya mempacking lebih kurang 1000 pack/item. (ye ke setiap jenis???) aku tau kuih bangkit aku je..hihihi.. dianggap hebat kerana berjaya mencapai target tanpa sebarang training dan pengalaman bekerja sebagai tukang packing kuih. value added- siap QC lagi!! hebat kan?!

jenis kuih yg terlibat:: kuih bangkit, kuih loyang, batang buruk, serunding. ade lg kuih lain tp dorang nk sambung arini plak. (er aku tak termasuk utk arini)

nota kaki:: kami bangga dgn hasil kerja kami! lalu kami mendapat KFC idaman ku selalu daripada encik abg..dan duit raya advance!huyey! mari amalkan selalu~!!!!

++amalan sihat sy. ini kuih bangkit namanye!++


++ aksi ini berlaku selepas berbuka puasa++

AMARAN: JANGAN TIRU AKSI INI DISIANG HARI DI BULAN RAMADHAN!!

yg beramal,

21.8.09

kembali~

Alhamdulillah..
Ramadhan kembali lagi..
dan aku... masih bernafas utk bulan yg penuh keberkatan ni.
Istimewanya Ramadhan thn ini..aku sudah menjadi seorang ibu, bangganya bila bergelar seorang ibu, betapa istimewanya martabat seorang ibu itu disisiNya. Sejenak terlintas difikiran aku akan mak nun beratus kilometer di utara semenanjung. Terkenang puasa2 lepas, mak yang excited bila anak menantunya pulang berbuka puasa bersama. Pasti penuh hidangan di atas meja makan berkerusi 8 tu. Dah macam buffet Ramadhan RM45 per person. (T_T) Mcm membazir pun ada. Tapi ketahuilah..betapa berbunganya hati ibu bila berada bersama anak2. Tiada erti penat.Tiada memikirkan wang yg tidak cukup. Tiada erti pembaziran. Yang penting anaknya selesa, suka, hepi, kenyang! (*.*) Mudah2an abg aku sekeluarga menyambut Ramadhan bersama mak dan abah. Maaf ye mak kerna anak mu ini tidak dpt pulang menyambut awal Ramadhan bersama. Bukan tiada masa. Bukan tak suka. Aku tidak mahu memberikan alasan kerna bukan itu yg sepatutnya. Tapi aku tahu, mak pasti paham situasi aku. Sebab..mak adalah mak aku. InsyaAllah, sebelum raya ni sempat lg rasa "buffet ramadhan" mak tu..(^V^)

Dikesempatan ini juga, aku nk minta maaf pada hubby, kedua2 family ku, kawan2 and para penchinta blog meskipun blog hopper..sori kalo ada bahasa aku yg terkasar, terperli, or terrr ada kena mengena ngan korang.. maafi aku..kerna aku hanya makhluk yg tiada kuasa.

Selamat menjalani ibadah Puasa buat semua umat Islam!

++koleksi kad ramadhan tahun2 lepas, err thn ni tak sempat plak..++

salam posa,

19.8.09

s.i.b.u.k

sibuk.bizi.tiada masa.
itu adalah jawapan bg aku yg sudah beberapa ari meninggalkan dunia maya blog ini.

sibuk 1::
khamis, my parent dtg umah utk ke convo irfan adik aku..(awalnye)


sibuk 2::
jumaat, slambe en.hubby and mak nk suh aku half day tanpa sbb...no no no, cuti raya aku kang tade plak.. then balik keje terus kluar makan besar kat Gulam bersama keluarga. (mcm bz je kan..makan je pun..:p)

sibuk 3::
sabtu, pegi convo adik aku and his future wife oso.. @ Uniten.
Congratulation Azam~! (lama btol nk tunggu hg grad~(T_T))
errr satu je yg membencikan, Uniten graduation tu tak abis on time..huhu igt tak panas ke tunggu kat luar.. MMU gak ontime..hahahahaha (knoni uniten jgn salahkan saye, ini kenyataan, PEACE!)
then pegi makan2 nasi arab..kat Uniten gak..hahaha letih la nk pi jauh2..:P
then pegi kedai lampu kat puchong tu, utk survey lampu..uhuhu..sampai penin pala aku langut tgk lampu..rasa nk muntah~!! yaqqq!


mlm plak, ada sessi perasan sora sedap iaitu Karaoke bersama sanak saudara! di taja oleh penaja ulung iaitu Superduper MJ..err bukan raja pop tu..dia sebenarnye mariah J.. err bukan jugak mariah carey ye..hihi (mak aku le tu..)
oh encik baby? dia tak ikut... dia dibelai manje oleh wan dia..hihi..wek wek kena tinggai..!

sibuk 4::
ahad, pagi2 kul 8 pegi membeli sarapan (tu pun nk bitau ke?) bersama ibuku..then pegi pasaraya encik Giant (giant tu buka awai, kul 8)..mak nk sponsor vacuum (tq mak, ailebiu)..tp last2 dia beli mcm2 nk bw balik penang jugak.. last2 breakfast kul 10..haha..
then kul 11, pecut pegi umah cahaya SPK, sj nk tunjuk kat parent umah yg dh siap tu, plus dah buat appointment ngan org grill tu.
then dtgnye contractor bergerak dok promote plaster ceiling..potpet2 last amik laa plaster ceiling tu..(huhu tak termasuk dlm bajet 2009 pun ni)
grill pulak sudah confirm..so nantikan saja rumahku yg dipagari nanti..uyehh..settled!!!
after makan2 dgn lazatnye dia Restoran Ratu ape tah..masakan padang..(abah blanje..tengkiu abah!) maka my parent pun berangkatlah pulang..tp sempat jugak mak belikan sepasang kurung pahang kain cotton idaman ku slalu...sy sgt suka...ailebiu mak!!!hihi

sibuk 5::

isnin, selasa, juga arini, sibuk ngan kerja yg tertangguh disebabkan kes cik S last week..(T_T). sebaik cik S kembali ok sket..tp cik internet mcm problem sampai takleh nk onlen, so kena tukar setting proxy baru ok..nyehnyeh..kenapa la aku tak tukar dr semlm??huhu

maka itu sj kesibukan yg melanda aku di wiken dan minggu terakhir seblum tibanya Ramadhan...


yg sibuk lah sgt,

14.8.09

cik S

cik S oh cik S..
mengapakah cik S begini sejak seminggu ni..merajukkah cik S?
uhm uhm..susah hati aku sbb cik S seakan mogok..satu keje pun takleh nk buat kerna cik S membuat perangai yg membencikan seperti kotoran degil yg melekat pada baju..(T_T)
cik S yg dulunya sgt hebat beraksi kini sudah berubah..
adakah cik S mahu aku nyanyikan lagu stacy yg baru itu?

"kenapa bah kau berubah, kenapa bah?" (erkkk tidakkk..apakah ini??)

yg si encik S tu plak tak reti2 nk ke premis ini utk tgk apa sudah jadi. seakan2 hari berkerja bg dia cuma separuh hari seminggu..huhu sadis skali punya encik S sebegitu..huhu
uhm kini sudah jumaat, lg 2 jam nk balik, cik S still buat perangai.. menunggu seseorang yg akan memujuknya hari isnin depan..ohw tidaakkkk..
Mudah2an cik S yg serabut kembali kepangkal jalan..huhuhu...
kasihani lah kami yg nk buat keje tak boleh ini wahai cik SERVER ku sayang~~

Award lagi!

tgh tunggu2 network yg down nk uppppp balik tu..sj tgk blog sendiri.
tgk2 ada membe shout suh amik award aku kat blog dia..hehehe award mcm aritu ke?
waweeee~~ nampaknye award baru.. tengkiu liza, tatau aku hg ada tgk blog aku gak..hehehe
so inilah dia award i itu~~~ dua lagi...hehehe



1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

ape 15 blogger? adeh..tak tercapai dek akalku laa...so dgn bangganya aku nk bg award ni kat pengunjung blog aku dan juga yg mendapat kunjungan ku jua..hoho

+ dida + niss immer + hushuss + iburosie + a.R + fidoz + aiza + kak shila +


12.8.09

perkara-perkara

perkara 1 :: gula
herm kalo cikgu di sarawak nun ketandusan air dh dekat 2 weeks, aku kat semenanjung (eh besar sgt location tu) , damansara ni, ketandusan kemanisan..gula mcm kena catu. Last wiken pegi Giant, sambil2 cari barang dapur yg len, tgk part gula, mmg licin, ada sebungkus je lg... tp aku dok rasa ada lg gula dlm balang kat umah nun. Balik2 tgk takde dah. Esok tu suh la BIL pi beli gula kat kedai, balik2 dia bawa balik gula kiub je sbb semua kedai dh abis gula. Huh! mana pegi semua gula? tak cukup ke ladang tebu kat chuping tu kluarkan gula? huhu aku buat assumption sendiri, "oh nk raya ni, patut la makhluk2 k*ji ni sembunyikan gula..nk bg harga gula naik la tu.." kalo btol la, mmg s*tan dorang ni... so semlm, aku pi round kedai area2 nursery encik baby, alhamdulillah, jumpa la jugak gula kat satu kedai ni. ada la dlm 6 paket lg, aku pun sambar la 2, buat stock. (T_T)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

perkara 2 :: mask
semlm time aku nk jejak kaki bersaiz 4-5 ni kat pintu masuk kilang, dok tgk la pak gad ngan one of HR diva bertocang tu dok pakai mask sambil2 check2 org kluar masuk. oh rupa2nya check temperature. tp aku yg parking kat luar (akibat ked*ngkian makhluk VPT terhadap kami yg corporate-tak bg parking dekat2 pintu opis) jln masuk buat dek je..takde plak dorang nk check. ha tak takut ke kalo aku or org2 len yg parking kat luar tu ada H1N1?? (nauzubillah..minta simpang la..) ape la.. nak check, check la semua org.. tu budak2 endon operator tu tade plak nk check sorang..isk isk.. tah haper2.. camtu ke yg dikatakan cara pengcegahan?
takat suh org amik mask kat receptionist..and pakai mask mcm robotcop tu..tp kalo org yg bawa virus ada dlm premis ni, tak guna gak..how about permukaan yg terdedah..tapak tangan semua.. (patutkah bg glove?) isk isk.. tp sesungguhnya, sgtlah tidak selesa memakai mask itu.. (dh putus pun getah sangkut mask aku tu..hehehe) mudah2an cepatlah wabak ni berambus dari muka bumi ni..huhu..amin!


++ syhhh diam2..nanti h1n1 datang ++

-------------------------------------------------------------------------------------------------
perkara 3 :: sakit
semlm, penyakit 'kegemaran' encik hubby kembali lg..kenapa dtg lagi seperti TORA? sila rujuk pada hubby sendiri. sebbaik encik hubby tidak mengalami demam skali..kalo tak mau kena kuarantin..dah la sudah sakit, buatnye kena virus babi H1N1 plak..bertambah truk la nanti. Alhamdulillah cuma sakit popular dia tu je..huhu
uhm, dok sakit2 takmo pi klinik lg, last2 baru mau pegi, jam dah pukul 11pm, terpaksa suh encik adik ipar merangkap adik kandung encik hubby pegi hantar ke klinik dgn berbekalkan rm50 dan kad medical yg saya buat utk spouse dulu.(actually dh takleh guna sbb dh tukar company..tp gagah jugak nk try). So mereka pun pegi la clinic kegemaran itu, sbb sana sudah ada record + doktor pun sgt bagus skali! agak lama tak balik lg, sy call encik adik ipar, dan seperti biase, encik hubby sudah tido di sana sbb terkena suntikan padu maut ubat dia tu. dan encik adik ipar ckp, kena charge RM95 sbb card dh inactive + kena bayar lg RM80, sbb last visit kami, guna medical card tu ygmana sebenarnya sudah inactive. silap pegi klinik tu lg..tak psl2 kena detect..hahaha..tp encik doktor baik hati, cuma suh bayar RM95 saja. TAPI, bukankah saya cuma bekalkan RM50 saja tadi? makanya encik adik ipar terpaksa balik dan mengambil duit dr saya kerana ATM terdekat pun sudah takleh withdraw kerna jam sudah pukul 12AM..
dekat2 pukul 1 baru mereka pulang, dan semua tido...zzzzzzzzzzz...
aku bgn mcm biase, tp tgk encik pesakit mcm sakit lg, so decide nk amik leave yg tinggal brapa hari je tu + hujan plak turun, (bestnye tidoo..)
pukul 830am, slamber hubby bangun, dan dia mau pegi photoshoot kat bogar ke bogor ke bong*k tah..ERK!!! isk isk sabar je la..(T_T) lalu sy pun mengambil keputusan, baik pegi keje even lambat tp cuti ku ttp ada.(utk raya lah ni) !
-------------------------------------------------------------------------------------------------

perkara 4 :: ganti

ganti puasa! arini aku ganti puasa yg ke2. ada lg sehari..fuh, ni gara2 thn lepas aku preggy, terpaksa tinggal atas sbb2 kerisauan yg berlaku kala itu. (ini bukan alasan tau..hehehe)memandangkan aku ada terbaca artikel pasal puasa semlm, so aku pun tekad nk abiskan ganti posa by this week jugak..chaiyok2!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasullulah s.a.w telah
bersabda:

"Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadhan
melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia
berpuasa."

sekian perkara2 utk hari ini dan semalam..huhu

** iklan kesihatan **

Salam hormat! Buat julung2 kalinya CK menge'post'kan iklan kesihatan utk pencinta CK blog mahupun sekadar blog-hopper. Al-maklum la virus H1N1 semakin hebat menyerang mangsa2 tanpa mengenal usia. (T_T) So, just nk sharing info2 yg aku dpt dr forward2 email yg berlambak2 tu, and tadaaaaaaaaaaaa.........


Soalan-soalan lazim
1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...

2. Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web
http://www.who.int/en

4. Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

5. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit
.

6. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi? (UNTUK YG BUKAN ISLAM)
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

7. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
-Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
-Berehat dan meminum banyak air
-Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
-Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
-Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
-Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
-Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan.
-Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

8. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamKanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

9. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.
Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

10. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

11. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

12. Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek (seperti buku dan tombol pintu)?Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

13. Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25. Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.


Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke http://my.mc762.mail.yahoo.com/mc/compose?to=cprc@moh.gov.my


6.8.09

saya dan jadual saya

dah hari isnin, kesian isnin sbb ramai org tak suka bila tiba hari isnin..tak termasuk saya! ngehehe~ camne pun kalo takde isnin takkan lengkap 7 hari..kalo tak lengkap 7 hari tu, tak lengkap jugaklah 30 hari, utk korang dpt gaji sebulan! (adeh gaji bulan ni pun sudah sampai ke ringgit terakhir..oh oh..(T_T))
2 3 4 hari ni jadual saya sgt lah bz.

  • khamis,kerja saya kembali normal sejak bersenang lenang tiada request from customer selama saya kembali bekerja selepas cuti berpantang April lepas.
  • hari jumaat,FIL aka family in law, dtg ke rumah sempena nk pegi convo BIL saya. Makanya dgn tulang 4 kerat yg ada, sy bz mengemas rumah yg disepahkan oleh hubby bersepah itu sampai terlupa tgk citer Nur Kasih kegemaranku itu..wuaaa dh 2 weeks missed..(T_T)
  • sabtu, saya sepatutnya ada exam PTD, tp saya tidak pergi kerana saya tidak study dan bangun lewat menjaga baby yg terkena ruam lampin yg agak teruk. (tlg jgn beritahu emak sy)
  • sabtu jugak, ptg tu pegi tgk umah, pegi mengesan kecacatan yg ada pd umah itu juga terperasan akan keb*d*han arkitek yg design umah itu..(T_T) sungguh ST*PIDO!!!
  • ahad, saya beramai2 memeriahkan convocation si adik ipar di MMU cyber (tmpt sy belajar dgn tekun sekali dulu!) oh cuaca sungguh panas, tp sy sempat memaksa adik ipar menanggalkan jubahnya dan memberi pada saya utk berposing..hahaha..saya sgt suka! even jubah dia kaler kuning yg sy tidak gemar..takpe sy akan pastikan sy akan edit kaler itu..
  • ahad juga, balik dari convo, sy dan semua yg terlibat tido sekejap. and then FIL pun balik perak, dan saya+encik hubby+encik baby+adik2 ipar yg masih ada, pegi ke pameran pengantin di Mid valley, errr sj pegi buang masa support booth member (supportive kan kami?)

oh baru saya terperasan (buat2 terperasan je) yg sedari tadi saya membahasakan diri sebagai 'saya'..oh patutlah ganjil rasanya, tp takpe sbb saya tidak larat lg nk padam satu2..huhu

3.8.09

apa kata survey

last wiken, aku bersama encik hubby juga diiringi manja oleh encik baby irfan telah melakukan satu aktiviti yang diberi nama "let's survey a MUST have THINGS for a brand NEW house" !! (err punya panjang tajuk aktiviti ini..ohw..)
so, benda2 yg ku anggap is a MUST adalah seperti berikut:
1) grill umah
  • survey :: grill dgn rekaan simple and modern (as per our concept) = RM1500
  • status :: CONFIRMED
2) lampu serta kipas berkuasa hebat..
  • survey :: survey kat umah org dan dlm sesi dialog kami yg berbunyi..
"eh cantik la lampu ni (ala candilier moden)..brapa ek? kipas ni plak?" soal saya..
" oh lampu ni, murah je.. rm59..downlight pulak rm12 aje..kipas 5bilah berremote ni plak dlm rm200++ je.." jawab si pemilik umah.
lalu sy dan encik hubby berkata WOW WOW WOW..dimana kah kedainye?
kedai itu di puchong - HOUSES of LIGHTING..

  • status :: PENDING - kami blom pegi, sbb blom study lg jenis2 & tmpt2 lampu itu akan dipasang nanti.
3) cabinet for wet and dry kitchen.. (wet is for my masakan ala2 perasan sedap..and dry is for my dream baking activity like a SUGAR series in AFC...prasan aku adalah seorang chef terhebat)
  • survey :: ada 5 kedai,

2 kedai bajet kitchen pattern n quality very typical,ordinary mcm kat umah makcik2 aku..jugak umah mak aku dolu2 tu.. = RM 5000-6000++

another 3 are ALDO KITCHEN ; KENTKICTHEN; err lg satu lupa plak nama dia...all are modern and contemporary..which is my dream kitchen.Quite expensive but really2 worth it and satisfied! = RM 9,000-13,000 (depends on top style and others accersories).

  • status :: UNDER CONSIDERATION (penin2..tunggu perbincangan yg lebih mendalam)
++dapur idaman ku selalu~++

4) Divider between wet and dry kitchen (memandangkan design umah tu direct je dr living room ke kitchen)

  • survey :: ada 3 pilihan hebat

- dinding konkrit = RM 600

- dinding ply = RM 1500-2000

- dinding abestos (er btol ke ejaan ni?) = RM 5000++ (huhu)

  • status :: UNDER CONSIDERATION (pk balik, need or not??)
fuuu~~
itulah antara survey yg berjaya dilakukan..dan juga status2 masakini..
kami masih menantikan APA KATA SURVEY dari anda..suggestion or opinion anda terrrsgt lah dialu2kan(btol ni..tak tipu),kot2 ada nk bg reference kedai membe ke..pakcik ke..atau sendiri punya ke..sila2kan lah..sekian tima kasih!

------------------------------------------------------------------------------------------------
and benda2 diluar dari kategori ini tp still dlm perangkaan bajet 2009 adalah seperti dibawah:
1) katil2 utk encik hubby dan puan saye...juga utk encik baby irfan..serta tilam utk yg "dia susah tido lena"
2) sofa+cabinet for living room (of coz lah in modern and contemporary concept)
3) build-in wardrobe 4 my bedroom (satu lagi cita2 kami yg sgt tinggi)


yg bercita2 tinggi,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...