5.10.09

mengambil atau menduduki....

EXAM !
erm, since last week aku dlm mode nk raya disamping stress utk xm PTD yg mengkehendaki aku utk study sebuah buku berguna, Malaysia Kita yg tebalnya lebih kurang 2 inci..tetapi aku baru membaca tak sampai 10 muka surat sejak membeli sebulan yg lepas..hu hu hu
sepanjang bulan puasa di ketika buku itu di beli, aku tidak mempunyai masa sedemikian rupa memandangkan selepas membuka puasa, aktiviti dipenuhi dgn menidurkan baby seperti biase lantas menyediakan makanan utk sahur sebagai standby lalu aku penat dan...tido...yes!
berterusan sehingga raya dan selepas raya dan tibalah hari peperiksaan, Sabtu lepas...hek hek hek..
namun apakan daya ku langkahi jua kaki masuk ke dlm kereta lalu di pandu hubby ke Wisma Belia yg tidak pernah ku ketahui lokasinya dan rupa bentuknya. Di minda yg kurang ilmu2 malaysia ini, ku cuba mencari2 sebuah bangunan yg besar dan tinggi bercat silver mahupun berdinding marmar namun aku tewas. tidak kelihatan bangunan sebegitu yg tertera perkataan WISMA BELIA..sehingga sampai ke satu tmpt yg agak ketinggalan arus permodenan..ternampak sebuah bangunan kuning yg agak usang dan tertulis Wisma Belia di situ.
Oh..My...God! Ya Allah..ini rupanya wisma belia..sungguh tak ku sangka..sungguh oldskool..huhuhu lantas aku terkenangkan pengupdatetan blog aku akan kejadian ini. maka itulah asal usul terupdatenya entry ini. sekian tima kasih.


++inilah Wisma Belia itu..[gambar from googles] dan baru aku pasan yg ada room for rent juga di atas itu..hoho apakah ini?? flat pekelilingkah?++

++inilah dewan besar tmpt aku menulis jawapan2ku yg salah [gambar googles]++

yg masih belia?

8 comments:

Ros said...

syabas mama irfan...salah seorang rakyat malaysia yg berwawasan jauh...kau bakal bergelar duta jua satu hari nanti...

ilyana aka Misz Eiz said...

muda mudi harapan bangsaa....berbakti kepada negaraa ...nyanyian tv rtm ...sekian

zue said...

wisma belia?? huhuhu,, kat situ mmg teruk, mcm hotel !@#$%^&*& , penah gak p exam kat situ...

NisS^ImmEr said...

woh, dah bercita cita menjadi ptd.syabas!

tu la pjbt gomen ni..kalau dlm iklan2, brochure2 pandai depa amik gmbq building gah2 dkt putrajaya je..bangunan lain yg tak upgrade depa tak show off..tatau la nape msian gomen ni mcm kurang amik berat benda2 mcm ni..cuma yg bagusnya, it offers a lifetime guarantee on your future meski tak idup mewah..(aku kene sokong kerajaan Malaysia)

gud luck for exam! jgn lupa update kalau kena ke wisma belia lagi utk stage yg seterusnya

^wirda^ said...

ya tima kasih semua..aku harap sgt kata2 korang itu membawa kpd masin mulut lalu aku berjaya ke stage ke2! (miskipun ku jwb yg bukan2..huhu)

ukmstudio said...

Nak komen tentang bangunan Wisma Belia je....Belia agaknye memang kurang sumber kewangan, tu lah sebabnye bangunan tak berape indah....

b said...

ceh..tempat tuh belia pon tak selera nak masuk...baik lagik p lepak midvalley deapn sket jerk....

tuh tak crita senario indah di kawasan sebelah wisma tuh...

hum... aku mcm bercita2 untuk panggil tourist tengok rupa wisma belia. mesti dia kagum dengan keindahan malaysia.

zurie said...

semoga berjaya kawanku...
join my gomen team.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...